Wednesday, 30 March 2011

Poll : Saat Paling Memalukan Dalam Hidupmu

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...maka tamatlah satu lagi Poll dibawa khas untuk anda hanya di NotaJiwaKU, Poll kali ni adalah tentang perkara bagaimanakah yang paling memalukan bagi anda? Cakap banyak tak guna jom kita tengok keputusan Poll kat bawah ni, adakah anda setuju ini yang paling memalukan?zasss~

Sebenarnya tiga daripada lima kejadian dibawah merupakan pengalaman Admin sendiri, yang mana agaknya ? (0.o)

Countdown...


5. DIJEMPUT MENYANYI DI KHALAYAK RAMAI, TEPAT SAAT ANDA MULA MENYANYI, HUJAN TURUN LEBAT GILA (O Undian)
Hehehe...memang memalukan la, walaupun hujan tu sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan suara anda, tapi kalau jadi benda ni memang malu gila. Baru je nak menunjukkan suara tahap-tahap Maher Zain di hadapan aweks-aweks tapi kalau dah jadi macam ni dah tak tau nak letak muka kat mana. Konfem audience gelak guling-guling punya. Dah la tu kalau anda dah dressing maut untuk show nyanyi ni, memang bertambah laa tahap malu dimuka anda yang tebal tu.


4. ANDA MENGAMUK MARAH-MARAH KENAPA TV TAK BOLEH NAK ON? TIBA-TIBA SEORANG RAKAN ANDA DATANG DAN BERKATA "KO BELUM CUCUK KAT PLUG LAGI" (1 Undian)
Daripada marah membara tiba-tiba jadi malu tahap nak terjun bangunan. Ni kira ok lagi, kalau sampai tahap anda pergi ke kedai elektrik tu, komplen marah-marah tauke jual TV, lagi la tak tau nak cakap apa. Rasanya anda jangankan nak pergi kedai tu dah, nak lalu depan kedai tu pun belum tentu anda sanggup, kalau kedai tu berhampiran dengan rumah anda mau pindah laa gamaknye. Hahaha, malu betul la


3. PAKAI BAJU PALING MAHAL. TRENDY DAN BERGAYA SEKALI UNTUK KE SEBUAH MAJLIS. SAMPAI JE KE MAJLIS TERSEBUT, RUPA-RUPANYA KAIN ALAS MEJA/LANGSIR DI MAJLIS TERSEBUT SEBIJIK DENGAN KAIN BAJU ANDA. (4 Undian)
Benda ni jadi selalu time raya la, pakai baju raya yang mahal-mahal punya sekali sama dengan alas meja. Memang malu tahap apa pun tak boleh nak cakap, sebelum pegi majlis siap cerita lagi kat member-member baju ni beli bape ringgit, tailor mana anda tempah. Sekali sama dengan alas meja, silap-silap ada budak-budak kecik ambik baju anda dan lap mulut diorang lepas makan, ingatkan alas meja, Menangis laa jawabnya. Kalau Erra Fazira ke kena benda macam ni, rasanya mesti keluar Melodi tajuk "Baju Sama Dengan Alas Meja", hahaha.


2. TERKENTUT DIHADAPAN MAK MERTUA (4 Undian)
Tengah cover macho/ayu sekalinya terkentut depan mak mertua. Kuat pulak tu, memang tahap tak boleh nak cover punya. Speechless, breathless, shameless dan pelbagai jenis less lagi, mana nak letak muka? Mungkin la mak mertua anda diam je buat taktau tapi dalam hatinya? Taktau la macam mana, mesti dia ingat peristiwa ni sampai bila-bila. Lawak la, kalau admin ada kat tempat kejadian mesti terus blah dari situ dan gelak kat luar sampai tercabut rahang, tak nak la gelak depan dia nanti tambah pulak malu. Oh please~


1. TERKANTOI SURAT CINTA DENGAN CIKGU, DAN CIKGU BACA DEPAN ORANG RAMAI DALAM KELAS (5 Undian)
Yang ni merupakan pemenang dalam Poll kali ni. Memang padan la dengan tahap malu yang diterima kalau jadi macam ni, kalau surat cinta (walaupun budak-budak zaman sekarang semua SMS) tu disertai dengan puisi-puisi tahap ayat-ayat cinta, cikgu pulak sengaja baca dengan intonasi penuh dramatik. Pindah sekolah la jawabnye, malu dengan awek/lelaki yang anda nak bagi surat tu lagi, mana boleh tahan! Satu lagi option anda boleh buat pembedahan plastik je la, tukar muka baru,  identiti baru dan nama baru. Ni kalau dah 50 tahun dulu punya peristiwa, kalau sembang-sembang balik dengan member mesti boleh gelak lagi ni.

Anda ada lagi peristiwa yang lebih memalukan daripada di atas? Sudilah kongsi dengan kami semua, dengan komen dibawah

Sekian, Terima Kasih

Tiba-tiba teringat sesuatu,

(Hantar SMS kat kakak)
Aku : Selamat hari jadi kakakku~
Kakak : Woi, besok laa

DEMMMMMMM

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Thursday, 24 March 2011

Google Suggestion : Cerita Tentangnya

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey, bagaimana rakan-rakan di luar sana? ramai kata yang boring semenjak jadi penganggur tetap ni, haha sabar la ye. Ini satu ujian untuk kita dariNya. Untuk menghilangkan bosan anda tu NotaJiwaKU nak cerita sikit tentang enjin carian paling popular iaitu Google

Google...

CAKAP TENTANG ENJIN CARIAN
Google merupakan enjin carian yang paling ramai orang guna kat dalam dunia ni. Sampai ada orang wat lawak,
A : Aku nak carik awek la, kat mane ek
B : Google je lah!
Hahaha, ini menunjukkan betapa powerfulnya Google sebagai enjin carian utama di dunia. Mari kita tengok ranking kat bawah ni

Tahun 2010
Google - 71.59%
Yahoo! - 14.28%
Bing - 9.87%
Ask - 2.28%
AOL Search - 1.21%
Lain-lain - 0.77%

Peratusan tu adalah peratusan enjin carian yang digunakan oleh pengguna internet seluruh dunia. Google saje dah lebih separuh, perbezaan Google dan Yahoo! tu memang jauh. Ohh mantap sungguh google ni ye?

GOOGLE SUGGESTION TU APA
Hmm...Google suggestion merupakan sejenis JavaScript. (nak tau apa itu JavaScript klik disini) Fungsi ini membolehkan Google memberikan cadangan untuk carian anda. Kiranya sebelum anda habis taip Google akan cadangkan untuk anda. Jimat masa dan tenaga!

GOOGLE CADANGKAN BERDASARKAN APA?
Cadangan yang dibuat oleh google bukanlah sebarang cadangan mengikut sesuka hati mereka saje, tapi berdasarkan berapa kerap sesuatu "kata kunci" itu dicari. Sebagai contoh anda tulis Proton. Nanti keluar la suggestion Proton Inspira ke, Proton Wira ke, mengikut berapa kerap pengguna internet mencari kata kunci tersebut. Lagi ramai yang search kata kunci tu, maka lagi tinggi lah rankingnya dalam Google suggestion! ohh~ (^_^)
Sedikit Nota
Google Search - Anda akan dibawa ke senarai laman web dengan kata kunci dicari
I'm Feeling Lucky - Anda akan dibawa secara terus ke laman web yang dianggap relevan dengan kata kunci dicari
OK NI JE KE BENDA KO NAK BAGITAU? ADA LAGI YANG MENARIK ?
Hehe, belum habis lagi... NotaJiwaKU disini menyediakan anda beberapa Google Suggestion yang agak lucu dan boleh menyebabkan anda tersenyum sorang-sorang, inilah realitinya perkara yang dicari oleh pengguna internet di Malaysia di Google..Hehe


BAGAIMANA E...


Ramai rakyat Malaysia yang nak elak mengandung

BODOH...
Bodohpedia? Admin tergelak sorang-sorang dalam 5 minit jugak la

JIRAN...
Jiran yang gersang ke kau yang gersang, haha

KENAPA S...
Kenapa ek? Nak tau jugak ni, tak sangka benda ni ramai yang search

MACAM MANA...
Yang atas sekali tu dah biasa, tapi tak kurang jugak yang cari cara nak gemuk, ni mesti kurus tahap lidi ni

MIMPI BER...
**Speechless**

PENSEL...
First ranking! Ramai yang tak tau nak eja perkataan ni

SAYA MAHU...
Kurus VS Kahwin ?? Kurus win...

SAYA ME...
Walaupun admin tak kenal siapa Aimie Harmelia tapi kesian kat dia, ramai rupanya meluat padanya

SAYA...
Tulis "saya" je benda ni yang keluar, hahaha

Anda ada Google suggestion yang lebih menarik untuk dikongsi? Beritahu kami semua dengan komen di bawah! Terima Kasih

Tetiba teringat sesuatu

(Aku pandang-pandang macam nak berkata sesuatu)
Dia : Kenapa? Terlupa bawak pensel lagi ke?
Aku : Hehe, ye~

INI JUGA SATU CONTOH SUGGESTION, IS THAT I AM SO PREDICTABLE ?

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Monday, 21 March 2011

NotaJiwaKU Memerlukan Pautan Blog Anda !

Tinggalkan pautan blog anda disini, persahabatan selamanya

Terima Kasih, teruskan bersama NotaJiwaKU

Thursday, 17 March 2011

5 Sebab Mengapa Anda Tak Perlu Menonton Merong Mahawangsa

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...dalam post yang lepas NotaJiwaKU dah pun ceritakan tentang


Masa untuk mengkiritik

SCENE BERLAWAN YANG BANYAK SKIP
Merong berlawan dah stylo dah, tapi kadang-kadang ada babak-babak berlawan yang diskip, menyebabkan para penonton berfikir apa kejadah kah perbuatan yang diorang buat ni ? Kalah citer kamen rider masa zaman datuk-datuk kita dulu, tetiba ada kat bawah bukit lepas tu kat atas bukit pulak.

MASALAH BAHASA
Ramai yang kata macam ni, ni cerita melayu tapi macam lagi banyak diorang cakap english, tau la international tapi macam terlalu banyak english dalam cerita ni. Sekurang-kurangnya tunjuk la watak omputih tu boleh cakap melayu sikit-sikit, bangga jugak kita menengoknye. Langkasuka merupakan semenanjung emas, takkan la para pedagang dan orang yang singgah-singgah situ tak pandai langsung bahasa tempatan ? Ada satu watak tu nama dia Laksamana Liu Yun. Dia orang cina tapi dia cakap dengan member-member dia guna english. Ke memang orang china zaman dulu cakap english ?

BEBERAPA BABAK YANG MENYEBABKAN ANDA BERKATA "WTF?, EHH?, ADOI LAA" DAN SEBAGAINYA
Ada beberapa, tapi yang paling aku ingat semasa merong lawan dengan lanun-lanun geruda, merong panjat satu benda ala-ala menara watcher. Lanun-lanun ni nak kasi merong turun diorang goyang-goyang la menara tu bagi jatuh, goyang punya goyang akhirnya jatuh. Maka jatuhlah merong dengan menara-menara tu sekali ke tanah, masalahnya menara tu takde la besar mana pun, dah tu buat dari kayu je. Tapi tiba-tiba semua lanun dah terbaring ke tanah kesakitan, kononnya kena timpa la...Sungguh tragis tapi FAIL Satu lagi diorang ada cerita tentang Archimedes punya teori, baik korang tanya je la sapa-sapa yang dah tengok cerita ni, kalau nk cerita satu-satu mau sepanjang 8 kilometer post ni.

TERLALU BANYAK ANTIKLIMAKS
Tengah di saat genting dan mencemaskan, tetiba ada pulak perkara-perkara yang menyebabkan mood anda down balik, Contoh yang paling ketara sekali ialah semasa dayang puteri pura-pura mati masa perang, ohhh sangat anti-klimaks, Selain tu, babak askar langkasuka berpelukan sebelum dibunuh masa perang last pun admin rasa agak anti-klimaks. Tak tau la diorang nak buat lawak ke, tapi rasanya memang lawak cuba disampaikan disitu. Perkara-perkara ni menyebabkan mood penonton jadi spoil dan rasa nak keluar panggung masa tu jugak.

PUTERA ROM KONON...
Watak Gavin Rees Stenhouse sebagai putera rom rasanya agak fail. Beliau sepatutnya lebih berkarisma, dan berjiwa perwira. Tapi kali ni dia macam lemah dan langsung tak berpewatakan seorang putera diraja. KRU memerlukan pelakon yang lebih baik dan boleh menjiwai watak ni. Rasanya merong lagi layak jadi putera Rom, tapi kalau gitu sape lak nak jadi Merong? Heh...


Walaupun ada beberapa kelemahan dalam cerita ni, tapi NotaJiwaKU bagi markah untuk filem ni 4.5/5.. Secara keseluruhan cerita ni memang best, kelemahan-kelemahan ni boleh dibaiki. Biasa la mana ada benda yang sempurna dalam dunia ini

Last sekali admin nak kongsi gambar ni
Sama tak ? hehe, tapi rasanya hanya satu kebetulan

Oklah, itu saja dari NotaJiwaKU

Tetiba teringat sesuatu

(Kat atas pentas)
Aku : Souka, so iu koto ka?
Syak : Souda, dakara ima tachiagatte, anata no yume wo kanae tsudukete kudasai ! Watashi ga, o en shimasu kara...
Aku : . . . betsuni are wo yamete kudasai

INILAH CONTOH ANTIKLIMAKS...HAHAHA

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)



Tuesday, 15 March 2011

Poll : Tatkala Dia Tidak Menerima Kamu

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...bayangkan pada suatu hari anda bercadang untuk meluahkan perasaan anda pada seseorang. Sebelum tu dah prektis kalah Mawi prektis sebelum konsert final Akademi Fantasia. Dah susun ayat baik punya, pakai baju apa, ekspresi muka yang bagaimana, timing sebuah dah set terbaik punya.

Tapi akhirnya anda telah 
DIREJECT

 OH NO~

Tak kira lah apa sebab sekali pun perempuan/lelaki tu bagi tapi kalau direject ni memang akan terasa sangat hampeh rasa nak terjun bangunan pun ada. Ada request untuk NotaJiwaKU tulis pasal cinta, rasanya post kali ni tentang cinta la kan ? Mari kita lihat apa yang terjadi kepada pengunjung-pengunjung setia NotaJiwaKU jika mereka direject. Zasss~

Countdown...

5. "SOMBONG GILA MINAH/MAMAT NI, MENYAMPAH AKU TENGOK, BLAH LA KAU !" (0 Undian)
Ini ialah respon/tindakan paling tak patut sekali dalam situasi sebegini, memang patut pun dapat 0 undian, tapi sebenarnya memang ramai kat luar sana yang bersikap begini, tapi tak la pada pengunjung NotaJiwaKU kan? Alhamdulillah...Tapi mungkin juga golongan ni telah direject dengan dahsyat sekali dengan ayat-ayat yang melukakan jiwa dan raga. Jadi jika anda nak mereject seseorang jangan lah reject tanpa memikirkan langsung perasaannya, nanti kena pulak macam ayat kat atas ni



4. "MUNGKIN KALI NI, DIA MASIH TAK TERIMA AKU..." (1 Undian)
Hoho, tak mudah mengalah ye? Bagus, ini semangat kesukanan yang kita mahukan, belajar la betul-betul dulu, dapat kerja best, gaji best, pakai kereta best baru mengorat dia sekali lagi. Time tu kebarangkalian si dia untuk cair dengan anda adalah lebih tinggi. Tapi... kalau jenis yang berazam untuk menjadi lebih baik takpe, tapi ade yang jenis tak putus asa lepas tu jadi annoying pulak. Dah kena reject tapi still call hari-hari, sms hari-hari, bagi bunga hari-hari. Tak paham-paham ke orang tak suka? Tu la kadang-kadang terkeluar ayat-ayat cinta yang sadis tu, lepas tu kena tuduh sombong pulak, jadi lah dia dari golongan ke 4 jadi yang ke 5 pulak, tahniah.


3."....*SPEECHLESS*" (3 Undian)
Hehe, ini memang common, tergamam tidak berkata-kata, lepas tu termenung sorang-sorang macam orang gila. Lepas tu kalau ade member-member tanya "woi, ko apehal? OK ke tak?", mereka ni hanya diam seribu bahasa, tidak berkata apa-apa. Huish cam macam sadis sangat je proses rejection itu berlaku. Tapi ye la, kalau dah terminat sangat kat seseorang tu, lepas tu kena reject pulak, camni la jadinya. Moral of the story, jangan la terlampau suka sangat kat seseorang tu, nanti jadi kalau jadi camni, diri sendiri terkecewa tahap dewa. Macam ada lagu tu "Aku tergoda, aku tergoda terkecewa, dari kerana mata~" (Dari Kerana Mata - R Azmi)



2. "ARGHHH, SIYES MALU GILA, BAIK AKU PERGI BUAT PLASTIC SURGERY TUKAR MUKA, TAK MAU BERJUMPA DIA LAGIIIIIII~" (4 Undian)
Hihi, macam kelakar tapi itulah realiti, sebab tu la orang selalu nak luahkan perasaan ni bila dah nak pindah ke, bila hari last persekolahan ke, supaya kalau kena reject takde la kita nak jumpa dia lagi kan? Strategi yang bagus, sebab tu la jatuh di tangga ke-2. Biasa la tu, kalau anda berada dalam golongan ini, anda masih boleh dianggap normal. Jika anda menghadapi situasi sebegini, NotaJiwaKU nak mengucapkan selamat berjaya lah untuk anda menghadapi hari-hari yang akan datang. Hehe, nanti lama-lama ok la, lagipun pengalaman ni akan menjadi memori manis (emmm..manis ke?) untuk anda kenang-kenang dan cerita pada anak cucu di masa hadapan



1. "WELL, RILEK LA BRO, BUAT COOL JE LA, AKU TAK NAK LA DIA TENGOK AKU FRUST" (6 Undian)
Hmm...ini merupakan reaksi/respon paling bergaya dan memang sepatutnya. Ye lah, nanti kalau si dia tengok kita duk frust menonggeng tak tentu hala, nanti menyusahkan dia pulak kan? Takut dia rasa bersalah ke apa, jadi eloklah kalau kita bertindak cool saje. Respect her/his decision dan siapalah kita nak paksa-paksa orang suka kat kita kan? (ayat pasrah) Mungkin juga disebabkan tindakan anda yang cukup bergaya walaupun direject akan menyebabkan si dia respek kat anda. Kalau bernasib baik si dia akan jatuh hati pada anda yang cool ni, hehe. Tapi sebenarnya susah untuk merealisasikan benda ni, amatlah susah, lain la kalau anda dah lapan ratus kali direject dan anda ni memang jenis dah biasa direject, mungkin mudah bagi anda nak bertindak cool, hehe (^_^)


Itulah keputusan untuk poll kali ni, Teruskan bersama NotaJiwaKU untuk pelbagai poll yang lebih menarik.


*MARILAH BERDOA AGAR BENCANA GEMPA BUMI DI JEPUN CEPAT REDA, DAN KESELAMATAN PENDUDUK JEPUN KESEMUANYA*


Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)



Friday, 11 March 2011

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menonton Merong Mahawangsa

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...admin baru balik dari menonton filem terbitan KRU yang bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa kat Mid Valley tadi...


macam gaya God of War pun ade


Disini NotaJiwaKU ada beberapa sebab mengapa anda perlu ke pawagam terdekat untuk menonton cerita epik ni !

AKSI BERLAWAN YANG MEMBELIAKKAN MATA
Macam-macam akrobatik dan stunt yang hebat semasa aksi berlawan, akan meyebabkan anda berfikir sape laa yg buat stunt untuk babak lawan ni? hebat betul la, dengan darah-darah yang sungguh real, rase sakit je kena cucuk dengan parang tu. Memang pakej Prince of Persia + Matrix + Devil May Cry..Memang bergaya la

GRAFIK CGI YANG MANTAP
Good job KRU...CGI kali ni memang jauh lebih baik dari filem-filem KRU sebelum ni, mungkin la tak setaraf Lord of The Ring atau Harry Potter, tapi dengan hanya bajet RM8 juta, dah boleh buat grafik macam ni. Dah tersangat-sangat bagus dah.

BOLEH BELAJAR SEJARAH
Bagi sesiapa yang diluar sana memang benci matapelajaran sejarah ni. Elok sangat la tengok cite Merong Mahawangsa, sebenarnya aku sendiri pun baru tau Langkasuka tu nama kedah masa dulu-dulu. Hahaha, punya la tak menghayati kelas sejarah masa kat sekolah dulu, aku tengok cerita ni, aku baru tau. Kita selalu suka sangat dengan lagenda-lagenda epik eropah, tapi kali anda boleh tengok cerita epik tempatan yang memang betul-betul epik (hebat) !

1ST TIME SUKA TENGOK JEHAN MISKIN BERLAKON
Admin memang tak berapa suka sangat si mamat Jehan Miskin ni. Tak tau la kenapa, tapi kali ni aku tengok dia memang bergaya habis. Dia takde dialog dalam citer ni, cuma askar biasa yang bersemangat membebaskan Langkasuka dari lanun Geruda. Ada scene last skali Jehan Miskin kena sembelih dengan lanun, aku rasa sedih kot, ko memang bergaya kali ni Jehan !

TOO CHEAP TO BE TRUE
Admin rasa ni la yang point paling strong untuk cerita ni, bajetnya hanya RM8 juta tapi filem yang dihasilkan..wawww! Nak dibandingkan dengan filem eropah yang menelan hingga RM150 juta. Hikayat Merong Mahawangsa dah terlalu bagus, ini merupakan permulaan yang baik (walaupun ni bukan filem CGI 1st Malaysia) untuk industri filem Malaysia. Bayangkan kalau KRU ada bajet sampai RM150 juta, camane kualiti filem yang akan dihasilkan? hohoho

Ok itu saje sebab-sebab mengapa anda perlu tengok cerita ni. Nantikan post seterusnya 5 Sebab Mengapa Anda Tak Perlu Menonton Merong Mahawangsa. Ye la, asyik puji je, kritik mesti ada jugak kan? Oklah, terima kasih, take care~

Tetiba teringat sesuatu, masa tengok cerita Merong Mahawangsa la.

Wayang : (Kamawas) Selamat malam sayang, tak tido lagi ?
Aku : kihkihkihkih...
Dia : Apehal ko gelak ?
Aku : Ntah, ayat dia macam moden.. (Aku teringat ayat SMS yang seringkali aku gunakan)

OHHHHHHHHH.....

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Sunday, 6 March 2011

Poll : Anda Rasa Anda Cukup Bagus Di Facebook ?

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...sbnanye admin agak letih ni, baru balik dari Sabak Bernam, tgk nenek kat hospital. Alhamdulillah, doktor kata dijangka keluar besok, kalau takde apa-apa halangan.

NotaJiwaKU nak bercerita tentang karenah-karenah pengguna-pengguna Facebook. Kadang-kadang kita berasa sakit hati kalau jumpa golongan macam ni,  yang menyebabkan kita mengambil langkah untuk unfriend diorang ni, kalau baik sikit klik X kat tepi tu pastu pilih hide je, get lost from my news feed~

tapi tak payah la sampai mcm ni...

(p/s : Post ni bukanlah bertujuan nak mengutuk sesiapa, cuma untuk muhasabah diri, sbb admin sendiri pun terkena gak bila buat post ni..adehhh)


Countdown...



10. SAYA SUKA SEMUA BENDA (0 Undian)
Manusia jenis camni dia like je semua benda. Kita post status dia like, muat naik gambar dia like, kita komen status orang lain dia like satu-satu, pastu kita post sesuatu kat wall dia, dia like je, x komen pun. tatkala itu kita bertanya, kenapa laa Facebook ni ada function like? Tau la kadang2 tu tak tau nak bagi respon apa, tapi dari dulu smpai sekarang kerja asyik mengelike je...ke function lain kat Facebook dah rosak ?


9. HARDCORE GAMER / QUIZ TAKER (0 Undian)
Macam-macam game dia main, ok fine, boleh je nak main game, tapi apehal wall penuh dengan game punya update je? dah tu kat news feed pun penuh update game dia. Facebook ni dicipta untuk kita boleh berhubung dengan rakan-rakan, sedara-mara semua. Lagi tak boleh blah kalau dia asyik invite untuk main game yang dia main tu. Kalau sekali dua takpe, ni dah 8 juta kali dapat invitation yang sama. Hardcore quiz taker pun sama, banyak gila quiz dia buat, quiz "Perangai Anda Melambangkan Taik Lalat Erra Fazira Yang Mana?" pun dia nak buat, man, get a life~


8. SUKA TAG GAMBAR YANG MEMALUKAN (1 Undian)
**** tagged a photo of you, bukak-bukak, perghh rasa nak terjun bangunan masa tu gak. lagi memalukan gambar tu lagi suka dia nak tag, dah la tu tag seramai mungkin orang, biar satu dunia tangok gambar yang memalukan tu. jaga la air muka kawan-kawan tu, jangan sebab perkara camni persahabatan terjejas. Yang terbaik jika minta izin dulu sebelum tag gambar sesape, kan bagus? setakat ni aku tak jumpa lagi orang macam ni, tapi kawan-kawan dah banyak mengadu pasal benda ni. Silalah berhati-hati sebelum mengetag gambar orang ek?


7. BuDuck yG SkEw sGt TuLis CmNieWww...(1 Undian)
Secara peribadi, aku paling tak boleh blah dengan benda ni. (1 Undian tu bukan aku buat sendiri ok) Selalunya yang buat benda camni budak-budak sekolah, tak tau la ni trend budak-budak zaman sekarang ke ape. Cuma NotaJiwaKU nak pesan kat sini, benda ni tak cool langsung, dan menunjukkan betapa tak matangnya golongan jenis suka tulis camni. Susah nak baca la, aku rasa macam kena virus je Facebook kalau nampak benda ni, lagi-lagi kalau lelaki yang tulis camni, rasa macam %&!#&*#

6. TUKAR STATUS SETIAP 5 MINIT (2 Undian)
Mandi, gosok gigi, minum kopi, potong kuku jari kelingking, potong kuku jari manis semua benda dia nak bagitau, abis news feed penuh dengan nama dia je. Macam biasa la, orang macam ni akan di unfriend kan. Banyak tol benda nak dibagitau, aktif betul berfesbuk ye? Kalau ada award status terbanyak konfem menang orang macam ni.


5. SAYA NAK BERKAWAN DENGAN AWAK, TAPI CUBA TEKA SIAPA SAYA ? (2 Undian)
Jenis ni memang menyakitkan hati, bayangkan pada suatu hari ada orang nak add tapi nama pun bukan nama sebenar, profil pic pun gambar tahpape, buka wall dia kat info dia tulis gender : male. Tu je info yang ada. Ingat artis artis ke popular sangat sampai tak payah ada pengenalan diri langsung?Tak nak laa approve sesuka hati, dah tu jadi kerja kita pulak nak tanya sape dia, tak approve nanti terasa hati pulak. Dalam dilema yang hakiki, kalau rasa malu nk letak gambar sendiri, it's ok, tapi at least nama letak la nama sendiri, lagi terbaik letak nama dengan bin/binti nama ayah sekali, macam i.c, ni kalau nama pun "LeSunG BAtu", what the ?


4. POST STATUS, KOMEN SENDIRI, LIKE SENDIRI (2 Undian)
Yang ni agak menyedihkan, tapi mungkin juga dia terlalu excited dengan status dia tu. Boleh je kalau sekali-sekala, tapi kalau dah setiap kali? Ni la orang panggil syok sendiri, takde nak kesiannya, menyampah ada la. Tak banyak diskripsi untuk jenis ni, paham-paham sendiri la ek! (^_^)


3. PEMASAR TEKNIK PERNIAGAAN YANG TERDESAK (3 Undian)
"Jana pendapatan RM1000-5000 seminggu dengan hanya Log In di Facebook, Saya ada Formulanya, Jika betul-betul ingin mengubah hidup anda, mesej ke inbox saya", yeahh, like we care about it. Kadang-kadang rasa menyesal friend dengan orang macam ni, kalau nak promote pun tolong la jangan guna Facebook, buat orang lain menyampah je. Nak marah kang member. Sensitif la sikit, promote pun biar berpada-pada, kang orang wish besday kat dia pun dia pegi reply promotion dia jugak. Hancusss~


2. STATUS EMO TAK HABIS-HABIS (3 Undian)
Takde kesudahan cerita feeling dia. Tak suka mamat tu la, menyampah tengok minah ni la, rasa sedih ditinggalkan la, rase mcm orang bodoh la, mengapa pak guard tu tak suka saya la...sekali dua mungkin orang akan ambil berat dan cuba dengar rintihan dia, tapi dah kali ke lapan juta memang menyampah la pulak jadinya. Ya, kita semua ada masalah, tapi takkan la setiap kali masalah tu nak disebar ke seluruh dunia? Ohhh


1. OHH "SWEET" NYA MEREKA (5 Undian)
Yang ni merupakan undian terbanyak dalam poll NotaJiwaKU. Ni jenis status cerita pasal ke"sweet"an makwe/pakwe dia. Ok, semua orang faham, mereka sedang hangat bercinta, tapi tak payah laa nak cerita kat semua orang, macam la orang nak tau, geli ade la, kang tak kawin mula la malu. Loving mengalahkan orang dah kawin, abis wall dia penuh cerita tentang pakwe/makwe dia je, dan tanpa segan silunya orang macam ni di unfriend kan. Kisah percintaan tu, kalau ada mana-mana wartawan tanya baru la cerita ye? Kalau tak, tak payah cerita. Alhamdulillah setakat ni aku tak penah jumpa lagi orang jenis ni di Facebook.

Itulah result Poll kali ni, NotaJiwaKU ingin memohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa atau terguris hati, marilah kita bersama-sama menjadi Facebooker yang lebih bergaya di masa hadapan. Sekian saja, sedikit cerita untuk dikongsi

Tetiba teringat sesuatu

. . .

EH? AKU TAKLEH INGAT APA-APA...
OH PATUT LA DAH PUKUL 3.42 AM, OTAK DAH JAM...

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Saturday, 5 March 2011

Apple iPhone : Cerita Tentangnya

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...tadi aku bermain-main dengan iPhone 4 abang aku punye, memang best, macam-macam boleh buat, kalau aku nk cerita sampai minggu depan pun tak habis agaknya

iPhone 4

Kita selalu tengok iklan-iklan smartphone lain macam BlackBerry, Galaxy Tab, HTC dan lain-lain. Tapi tak pernah pulak tengok papan tanda iklan iPhone kan? Memang ada tapi selalunya Maxis ke Digi ke yang promotekan sekali dengan pakej 3G diorang. Tak pernah pulak memang Apple buat iklan untuk iPhone ni. Mungkin ada dimana-mana tapi memang susah nak jumpa la. Setakat ni aku tak penah jumpa. Walhal iPhone masih antara smartphone top kat dunia. Habis tu camane Apple promote produk dia ni?


Adakah mereka menggunakan Bomoh Siam untuk melariskan perniagaan mereka ?

TIDAKKKKKK


OPEN APPLICATION DEVELOPMENT (PEMBANGUNAN APLIKASI TERBUKA)

Benda apakah ini? Apple telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk membuat aplikasi mereka. Bermakna sesiapa saje boleh membuat aplikasi untuk iPhone, lalu mendaftarnya di website Apple dengan prosedur yang sangat mudah, dan berhak mendapat duit bagi setiap aplikasi yang dijual. Lebih menarik, programming untuk aplikasi iPhone boleh dibuat dalam C (sebenarnya Objective-C, adik beradik la tu sbnanye). Wawww~


Ahmad : Yeahh, aku telah berjaya mencipta aplikasi iNotaJiwaKU (teruknya nama~ haha), boleh lah aku jual aplikasi ni, dapat duit !
Apple : Eh rilek dulu bro, isi borang ni dulu pastu baru jual


Seperti Ahmad diatas beliau merupakan contoh programmer iPhone, dan dia tak berkerja dengan Apple pun, malahan beliau sebenarnya ialah penjual goreng pisang di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Jadi programmer iPhone ni boleh jadi sesape saje. Mungkin juga jiran sebelah rumah anda juga turut membuat aplikasi iPhone. Sape tau kan?


OK, JADI CAMANE IPHONE BOLEH JADI POPULAR DENGAN BENDA NI?

hehe, sedangkan developer smartphone lain sibuk mempertahankan ketulenan software mereka, lalu membuat untung 100% dengan penjualan aplikasi ciptaan mereka sendiri, Apple dengan rileknya membuka hak mencipta software. disini NotaJiwaKU telah menganalisis beberapa kelebihan Pembangunan Aplikasi Terbuka ni.

1. Ramai programmer diluar sana terdesak nak cari duit dan ambil peluang ni sebagai punca rezeki mereka, tapi takkan la diorang nak programming aplikasi iPhone tapi diorang takde iPhone? Jadi terpaksa la mereka beli iPhone sorang satu
2. Pembukaan hak penciptaan aplikasi ni menyebabkan variasi aplikasi iPhone menjadi sangat banyak. Banyak gila, macam-macam i ada, iKiblat, iCityMiami, iNews macam-macam la. Wujud mengikut keperluan semasa, variasi aplikasi yang sangat banyak ni menyebabkan iPhone menjadi smartphone yang paling lengkap. Sedangkan Steve Jobs (Tokeh Apple) duduk goyang kaki kat rumah, orang lain yang tolong ciptakan aplikasi untuknya.
3. Pengiklanan percuma. Apple tak perlu mengiklankan produk mereka, tetapi programmer bebas diluar sana yang mempromosi sendiri produk mereka, sekaligus mempromosi iPhone

Sungguh bijak kan Apple merangka strategi perniagaan mereka. Oklah NotaJiwaKU ingin mengundur diri.

Tetiba teringat sesuatu

Radio :
Pulanglah sebelum ku runaway~
Aku menanti kamu everyday~
Aku menunggu dari Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday~
(Awi Rafael - Pulanglah)
Kakak : Mnde laa lagu ni? kata menanti everyday, tapi sampai thursday je~

HAHAHA, FAIL !

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza

Friday, 4 March 2011

JavaScript (Fixed)

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...aku nak bercerita tentang JavaScript, selalu dengar kan benda ni? Rakan-rakan DenDen (nama manja Electrical and Electronic) mesti dah boring dengar Yasuda Sensei cakap pasal benda ni kan?

sakit kepala tgk benda ni


BORING LA BACA INTRO KAU, CEPAT CERITA APA TU JAVASCRIPT

JavaScript sebenarnya dicipta oleh Nestcape (company yang buat browser masa kita kecik-kecik dulu, masa tu ada 2 je, Internet Explorer dengan Nestcape Navigator, skarg ni macam-macam ada). Tapi mulanya dinamakan LiveScript. LiveScript ni kira bahasa programming tiptop untuk browser Nestcape Navigator 2 masa tu. Diorang ni bekerjasama ngan satu lagi company namanya Sun yang buat Java. Lalu lahirlah JavaScript. Tatkala itu Internet Explorer 3 (lama gilaa~, skarang dah Internet Explorer bape dah ek?) mengambil teknologi sama, yang dinamakan JScript. Lagipun JavaScript ni sbnanye modifikasi C++. (^.^)

CEH, NI SEJARAH DIA WATPE? KO TAK BAGITAU LAGI APE TU JAVASCRIPT

Ye la, ye la. Ringkasnya JavaScript ni menyebabkan anda surfing internet dengan lebih best dan tak bosan. Dengan ada javascript lah boleh ada video, sound, animated gif dan lain-lain. JavaScript mengubah kod HTML yang statik kepada lebih interaktif dan hidup di mata pengguna. Cuba korang acu tetikus kat tulisan NJ di Facebook kat atas tu. Itulah contoh fungsi JavaScript. Hmm dah alang-alang acu kat situ sila boleh la klik kat situ terus ye? :P

OK DAH TAU, ABIS TU APA YANG BEST SANGAT PASAL JAVASCRIPT NI?

haha, anda boleh memahami fungsi JavaScript dengan testing beberapa kod JavaScript kat bawah ni. Hanya copy dan paste dekat tempat letak address box browser (tempat korang taip address laman web). boleh try kat mana-mana laman web, atau try saje kat sini. (p/s : semua kod di bawah berkesan untuk FIREFOX, lain2 browser tak jamin)

 inilah dia address box, copy kod dibawah dan paste disini


tukar tulisan kat laman web ni sesuka hati, cuba kod ni dan anda boleh tukar tulisan, tapi bukan semua la

javascript:document.body.contentEditable='true'; document.designMode='on'; void 0

camni laa contohnya, klik untuk besarkan


pusing-pusing, yang terbaik buat kat google image, search image sesuatu dan try kod ni

javascript:R=0; x1=.1; y1=.05; x2=.25; y2=.24; x3=1.6; y3=.24; x4=300; y4=200; x5=300; y5=200; DI=document.getElementsByTagName("img"); DIL=DI.length; function A(){for(i=0; i-DIL; i++){DIS=DI[ i ].style; DIS.position='absolute'; DIS.left=(Math.sin(R*x1+i*x2+x3)*x4+x5)+"px"; DIS.top=(Math.cos(R*y1+i*y2+y3)*y4+y5)+"px"}R++}setInterval('A()',5); void(0);
 
page bergerak sendiri, haha yang ni best ! tapi kadang-kadang tak jadi gak

javascript:function flood(n) {if (self.moveBy) {for (i = 200; i > 0; i--) {for (j = n; j > 0; j--) {self.moveBy(1,i);self.moveBy(i,0);self.moveBy(0,-i);self.moveBy(-i,0); } } }} flood(6);{ var inp = ")X ! UKawiJatoN wollof moJ"; var outp = ""; for (i = 0; i <= inp.length; i++) { outp = inp.charAt (i) + outp ; } alert(outp) ;}; reverse();

kalkulator, malas nk kira? try la ni, tukar ### jadi nombor yang nk dikira

javascript: alert(###);
contoh : javascript: alert(1+2+3+4);

hoho, inilah dia JavaScript. Tapi fungsinya bukan setakat ni je, terus ikuti NotaJiwaKU untuk mengetahui bagaimana JavaScript boleh membantu anda melayari internet dengan lebih bergaya.

Lihat aplikasi JavaScript dengan klik pautan post NotaJiwaKU

Ok, jumpa lagi

Tetiba teringat sesuatu

Hari tu aku cerita satu lawak kat kawan-kawan aku, lawak dia camni
A : Waw, gigi encik ni cantik lah, encik pakai ubat gigi ape?
B : Ubat gigi Fairuz
A : Fairuz? Jenama apa tu?
B : Fairuz tu nama kawan saya

RESPON KAWAN-KAWAN AKU :    . . .

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Thursday, 3 March 2011

Tips Untuk MS Word : Siapkan Assignment/Repot Dengan Bergaya

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU


hey hey hey...anda rasa anda dah cukup tere menggunakan Microsoft Word ? Mungkin skill Ctrl + C, Ctrl + V dah ramai yang tere. Disini NotaJiwaKU ada beberapa tips hangat (hot tips) untuk student-student diluar sana yang memang tak asing lagi dengan Microsoft Word ni...Mari lihat, zasss~


starting...


SELECT DENGAN BERGAYA


double klik = select satu word
triple klik = select satu paragraph
Ctrl + klik = select satu ayat
Alt + double klik = select seluruh table


BUKA THESAURUS DENGAN CEPAT


Select perkataan, Shift + F7


PANJANGKAN TEMPOH PERCUBAAN MICROSOFT WORD 2010


Reset semula tempoh kiraan hari anda, tapi boleh buat 5 kali je, kalau 30Days Trial, boleh dapat 180 hari..nice...hanya perlu run 
OSPPREARM.exe yang terdapat pada direktori
C:/Program Files/Common Files/Microsoft/Shared/Office/SoftwareProtectionPlatform
Jika anda install Office 32-bit punya version ikut direktori ni untuk buka OSPPREARM.exe
C:/Program Files (x86)/Common Files/Microsoft/Shared/Office/SoftwareProtectionPlatform


LETAK SCREENSHOT DENGAN CEPAT (HANYA UNTUK MS WORD 2010)


Macam biasa tekan printscreen untuk Screenshot, kemudian untuk terus letak dalam MS WORD, pergi kat sini Insert > Illustrations > Screenshot


SELECT SECARA MENEGAK


Boleh digunakan jika anda nak buang numbering di setiap ayat, caranya hanya Alt + Select gunakan tetikus anda


...


Oklah itu saje, ttibe teringat sesuatu.


Aku : Eh cane nk buat graf pakai data excel ni?
Dia : Ceh, ko x penah wat repot sendiri ke?

TERKANTOI DISITU


Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Wednesday, 2 March 2011

Harimau Malaya : Si Belang Perwira

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...aku tgh rajin buat post ni, biasa laa, masa awal-awal buat blog, nanti makin lama makin malas laa, tapi masa ada semangat la buat post kan, jgn disia-siakan semangat yang tengah membara ni

...

NotaJiwaKU kali ni nak cerita tentang skuad kebangsaan negara kita - Harimau Malaya

 
aumm ~ 
DULU

tatkala dahulu tak sorang pun endah kan Harimau Malaya, macam-macam laa orang kata, termasuk aku sendiri

"buat rugi je tengok player Malaysia main, sakit hati ade la"
"jersi je cantik, mutu haprak"
"baik aku tengok budak sekolah main, sama je lebih kurang"

dan yang sewaktu dengannya...

sedang aku meneruskan perjuangan aku mencapai cita-cita di Japanese Associate Degree (JAD) , aku berkawan laa dengan seseorang yang bernama Fakhri Khairi...aku memang respek gila kat dia, orang lain duk bising pasal Arsenal, Manchester United semua, dia pulak bersama terus menerus meminati bola sepak Malaysia, walaupun waktu tu orang masih tak endah pasal Harimau Malaya. Memang penyapot habis laa dia ni. Aku ??? Jangan harap la, bola sepak omputih pun aku tak layan, apetah lagi team bolasepak Malaysia.

SEKARANG

hari tu masa lepas tengok bola match Harimau Muda vs Pahang di Stadium Shah Alam (SSA). Tetiba Fakhri cakap kat aku

"Dulu sape pakai Jersi Malaysia kena kutuk habis, sekarang ni tengok mana-mana pun semua orang pakai jersi Malaysia"

bila aku fikir balik, ha'a betul gak ek? Ape yang aku buat kat sini? (Masa tu kat SSA) Masa bila pulak aku minat bola? Encik Fakhri ni lah yang bertanggungjawab meminatkan aku kepada Skuad Kebangsaan kita ni. Ada lagi...ni insiden aku bersama kawan aku Lutfi (orang kedua terkuat penyapot Harimau Malaya lepas Fakhri kat JAD ni), ni masa kat kedai Nike kat Sunway Pyramid

"Sweater Malaysia ada tak kak?"
"Dah abis la dik"

haha...abis stok tu, bayangkan kipas-kipas (fans) Harimau Malaya dah borong abis dah, sanggup belanjakan beratus-ratus ringgit untuk dapatkan sweater Harimau Malaya keluaran nike ni, lepas tu Lutfi berazam untuk carik kat Siam je, kira memang susah la nk carik sweater ori yang tak terjual lagi

...

masa Final AFF Suzuki Cup first leg di Stadium Bukit Jalil, aku rasa masa tu lah paling 1 Malaysia sekali, first time aku tengok orang Cina tengok bola, satu famili pakai jersi Malaysia lak tu, walaupun ramai yang merungut FAM jual tiket RM30, tapi stadium penuh gak, ramai gila x dapat masuk dan duduk, aku pun terpaksa tengok kat belakang penyokong Indonesia (nasib baik la ade jaring-jaring besi kat situ, kalau tak dah gaduh agaknye), dan hasilnya Harimau Malaya membaham Garuda (Skuad Indonesia) dengan 3-0. Tahniah aku ucapkan pada Harimau Malaya...aumm!

saat-saat manis meraikan kemenangan 3-0

...

Kini semua orang pun tau siapa Harimau Malaya. Barulah orang kenal siapa Khairul Fahmi Che Mat, siapa Safee Sali, siapa Muslim Ahmad, siapa K. Rajagobal. Kita tengok dimana-mana pun rakyat Malaysia dengan bangga menyarung Jersi Malaysia, orang mula ambik tau pekembangan bola sepak Malaysia...golongan ultras (penyokong) kian bertambah, sampai kat JAD pun ada geng ultras sendiri, Malaysia Football JAD

Harap-harap semangat penyokong Harimau Malaya tidak akan pudar, Harimau Malaya terus membaham lawannya, Hong Kong 2-0, Pakistan 2-0. Mungkin mereka tak bermain seperti bintang bola sepak eropah, tapi kita rakyat Malaysia harus berbangga dengan mereka dan terus menyokong Harimau Malaya hingga mereka di puncak dunia...

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Mohamad Syafiq bin Yudin