Sunday 27 November 2011

GreaseMonkey : Monyet Yang Berguna

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU


Hahaha, dah lama benar blog ni tak ber-update,dah bersawang spiderman cicakman semua ada, admin sibuk laa, korang apa tau? wakaka...cakap banyak pun tak guna mari lihat benda ni !


MONYET ???


Heh, bukan pasal cinta monyet ataupun monyet jadian dari planet Saiya...tetapi berkenaan monyet ni


Greasemonkey

Inilah dia monyet tu..comel kan? Namanya GreaseMonkey

WHATEVER, JADI APA YANG BAGUS SANGAT PASAL MONYET NI?

Hehe, GreaseMonkey ni ialah sejenis lanjutan (Add-on) Mozilla Firefox. Admin nak cerita panjang-panjang nanti bosan pulak, ya laa, benda berilmiah. Anda masih ingat apa itu JavaScript? Kalau tak ingat dan berminat ingin tahu (kalau berminat laa) boleh tengok post lama NotaJiwaKU ni :D


JavaScript (Fixed)


JavaScript ni membolehkan anda melayari laman web dengan lebih interaktif. Malahan barangsiapa yang mendalami ilmu JavaScript ni boleh mengubah antaramuka (interface) laman web yang sedang dilayarinya. Sebagai contoh, anda mahu video Youtube berada di tengah, bukan di tepi kiri. Dengan aplikasi JavaScript semua ini tidak mustahil, anda boleh mengubah mengikut cita rasa, kehendak nafsu, gaya mutu keunggulan, yang anda cita-citakan selama ini untuk mengubah antaramuka laman web yang anda gemari.


Akan tetapi,


JavaScript ni memeningkan kepala, menyerabutkan minda dan sebagainya. Ramai di antara mereka yang cuba mendalami JavaScript akhirnya menjadi pesakit di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan sana (ini bukan fakta, hanya rekaan semata-mata). Nasib baiklah, kehadiran GreaseMonkey ini kedalam Mozilla Firefox membolehkan kita menggunakan script-script percuma yang disediakan oleh programmer bebas di serata dunia. Kompilasi script ini boleh dilihat di userscript.org. Konklusinya, GreaseMonkey merupakan "pembaca" dan pengaplikasi script Java berdasarkan Domain Object Material (DOM) pada laman HTML. Ini bermakna, penggunaan GreaseMonkey bukanlah mengubah terus sesuatu laman Web itu tetapi hanya pengubahan antaramuka bagi memenuhi keselesaan anda sebagai pengguna Internet. Sejak akhir-akhir ni, terdapat juga versi GreaseMonkey untuk Google Chrome, Opera dan Internet Explorer 7 dan ke atas...Wow (^.^)




OHHHH, CAMANE SAYA NAK DAPATKAN GREASEMONKEY NI?


GreaseMonkey ialah lanjutan bagi Firefox, caranya sama saja seperti anda memasang lanjutan-lanjutan lain seperti Yahoo Toolbar, IDM dan sebagainya. Anda boleh ikut langkah-langkah mudah di di bawah ni untuk memasang lanjutan GreaseMonkey pada Mozilla Firefox anda


1. buka pautan https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/greasemonkey/
2. klik + Add to Firefox
3. klik Install Now
4. Tutup dan buka semula Mozilla Firefox


Kehadiran monyet ini di hujung atas kanan anda pada Firefox adalah petanda GreaseMonkey sudah dipasang dengan jayanya.



ERMM..TUNJUK LA SIKIT SCRIPT-SCRIPT YANG BAGUS


Yaa..inilah topik utama bagi post ni. GreaseMonkey ni boleh membantu anda melayari pelbagai laman web dengan lebih selesa (^.^) Ada terlalu banyak script percuma yang disediakan di userscript.org, tetapi admin akan memperkenalkan anda dengan 5 Script GreaseMonkey untuk 2 laman web kegemaran ramai iaitu Facebook dan Youtube. terbaik versi NotaJiwaKU. Mari kita lihat zass~

Senyum seindah suria, yang membawa cahaya

Cara memasang script menggunakan GreaseMonkey


1. Klik pada link yang disediakan
2. Klik install pada hujung atas kanan
3. GreaseMonkey akan mengenal pasti script, kemudian klik Install Now
4. Muatsemula (refresh) laman web berkenaan
YOUTUBE AUTO BUFFER  & AUTO HD & REMOVE ADS

Pakej script 3 dalam 1 untuk Youtube
Auto Buffer : bagi yang menggunakan internet kelajuan rendah, (rakan-rakan di negara matahari terbit ni tak memerlukan fungsi ni agaknya, hehe), anda boleh menggunakan fungsi Auto Buffer, ini bermakna video tidak akan dimainkan secara automatik, tetapi video akan terus dimuat selepas dibuka. Kalau main terus videonya, nanti tersekat-sekat, lekat pulak pada part-part suspen, adesss
Auto HD : Selain itu script ini menyediakan fungsi Auto HD yang membolehkan anda mengubah kualiti video mengikut kesukaan anda, sebagai contoh anda yang memiliki skrin rata Full HD Monitor tu, bolehlah mengubah kualiti video ke tahap tertinggi (1080p), takdelah anda kena ubah kualitinya setiap kali.
Ads Remover: Anda bosan dengan iklan-iklan google yang menganggu video yang sedang anda tonton di Youtube? Menyebabkan anda tertekan sehingga ingin melempang jiran anda? Nah, ini jawapannya (cewah macam iklan ubat nyamuk pun ada) YouTube Auto Buffer & Auto HD & Remove Ads merupakan script GreaseMonkey yang perlu anda miliki, iklan-iklan tidak akan ada lagi di video Youtube kegemaran anda.

 Pasang : klik pada pautan ini

Selepas anda memasang script ini, butang "Autobuffer option" akan muncul di bahagian atas video :D

DOWNLOAD YOUTUBE VIDEO AS MP4

Walaupun ramai yang menggunakan aplikasi Internet Download Manager (IDM) tetapi script ini merupakan alternatif untuk anda memuat turun video-video Youtube kegemaran anda dalam format MP4 dan FLV sebagai koleksi sendiri. Anda juga boleh memilih kualiti video yang ingin dimuat turun. Memang mudah dan cepat !

Pasang : klik pada pautan ini

Butang "Download" akan muncul di bawah video

UNFRIEND FINDER

Ini pulak ialah script untuk laman sosial kegemaran ramai Facebook, secara peribadi ini merupakan script GreaseMonkey terbaik yang pernah digunakan oleh Admin. Anda akan mendapat notifikasi apabila script ini mengesan ada orang yang membuang anda dari senarai rakan mereka di Facebook. Mungkin selepas muncul notifikasi ini akan disusuli dengan perasaan kecil hati, jiwa kacau dan tidak tenteram yang seterusnya membawa kepada permusuhan dan pemecahan umat. Hehe, sekurang-kurangnya anda tahu siapa yang membuang anda dari senarai rakan mereka, boleh lah kita muhasabah diri apa salah kita selama ni, selain itu, anda juga boleh mengetahui jika seseorang di antara rakan-rakan anda menyah-aktif (deactivate) profilnya di Facebook ! Haha, memang best script ni

Pasang : klik pada pautan ini

Kalau anda menggunakan script ni, butang pautan "Unfriends" akan muncul di sebelah Home


SOCIAL FIXER

Social Fixer akan mengubah antaramuka Facebook kepada versi yang berbeza. Anda boleh mengubahnya mengikut keperluan sendiri, banyak sangat fungsi Social Fixer ni kalau cerita sampai minggu depan pun takkan habis. Tetapi salah satu fungsinya yang menyebabkan Social Fixer ni menjadi pilihan ramai ialah Social Fixer boleh mengembalikan Facebook kepada versi lama. Bagi anda yang tidak biasa dengan Facebook versi baru ni boleh lah mencuba script Social Fixer ni ! (P/S : Admin paling nyampah dengan fungsi kekunci enter untuk memberi komen, jadi banyak spam dah Facebook ni, nasib baik ada Social Fixer)

Pasang : klik pada pautan ini

Tengok je screenshot ni memang banyak fungsi Social Fixer ni

LINKIFY PLUS

Script ni takdelah spesel sangat, tetapi Admin rasa ini berguna bagi kaki-kaki download termasuk Admin sendiri. Script ini akan mengesan kandungan laman web yang dilayari, dan jika script ini terjumpa tulisan berbentuk URL, secara automatik tulisan tersebut akan bertukar menjadi link.


Ringkasnya script ini mengubah notajiwaku.blogspot.com kepada notajiwaku.blogspot.com


Takdelah anda membuang masa nak copy, buka tab baru, kemudian paste. Linkify Plus membantu anda melayari laman web dengan lebih bergaya !

Pasang : klik pada pautan ini

PENTING !!!!
 
Jika pemasangan script ini menyebabkan browser anda menjadi perlahan dan ingin antaramuka kembali kepada asal, anda bolehlah disable atau membuang terus script/lanjutan GreaseMonkey


Cara Disable GreaseMonkey

Klik pada gambar monyet pada atas kanan Firefox, jika monyet ini bertukar menjadi warna kelabu, ini bermakna GreaseMonkey telah dinyah-aktif

Cara Membuang GreaseMonkey
Buka Add-on Manager, lihat pada bahagian "Extensions", klik remove pada GreaseMonkey


Cara Disable Script
Klik pada anak panah di sebelah kanan gambar monyet, uncheck pada script yang tidak diingini


Cara Membuang Script
Klik pada anak panah di sebelah kanan gambar monyet, klik "Manage User Script", klik remove pada script yang tidak diingini


Sekian saja untuk post kali ini, sebelum tu mari kita sama-sama mendendangkan lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif ni..hehe



Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta~ (^.^)

THANKS ALL FOR SUPPORTING ME

Friday 15 April 2011

Quickpost : Daftar Apple ID tanpa Kad Kredit

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

Bagi rakan-rakan diluar sana yang berasa fedap dengan iTunes yang x abis2 mintak nombor kredit kad untuk mendaftar Apple ID, sila gunakan langkah-langkah di bawah

Buka komputer anda dan...

1. Buka iTunes
2. Search untuk apa-apa free apps di Apps Store (Facebook, Skype dan lain-lain)
3. Install Apps tersebut
4. Tetingkap log in akan keluar, pilih create new account
5. Isi butiran-butiran yang diminta dalam borang tersebut
6. Tadaaaa~ pilihan NONE akan muncul untuk payment method, sila pilih NONE untuk daftar Apple ID



Jika anda mengalami apa-apa masalah, sila komen dibawah

Terima Kasih

Friday 1 April 2011

Google : Cerita Tentangnya (Bahagian 1)

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...sebenarnya admin nak tido dah (BOOO, tak tanya pown???). Tapi baru je lepas menyetelkan sepinggan nasik goreng tadi, jadi lepak la kejap. Tak boleh tido lepas makan. Post yang lepas admin ada cerita tentang Google Suggestion. Untuk membaca post tersebut klik disini. Kali ni NotaJiwaKU ingin pulak bercerita tentang yang lebih umum, iaitu tentang enjin carian itu sendiri, Google.

Apa benda pulak ip 209.85.175.99 ni? hehe, anda cari la sendiri (taip saja ip tersebut di address bar anda, dan tekan enter)

MENGAPA ENJIN CARIAN NI PENTING SANGAT ?
Hoho, mane tak pentingnya, bayangkan jika anda berada didalam sebuah perpustakaan 180 tingkat dan anda ingin mencari buku "Cara-cara Nak Mengorat Cik Kiah Taman Bukit Kempas, Jelebu Negeri Sembilan pada Pukul 3.35 Petang Pada Hari Sabtu", gila spesifik punya maklumat, sampai anda menjadi golongan warga emas pun belum tentu jumpa buku tersebut.
Bila kita bercerita tentang internet, kita sinonim dengan "WWW" (world wide web). Nama pun ada "wide", maknanya luas. Apa yang luas? Billion laman web sedia untuk memberikan anda pelbagai jenis maklumat, tapi laman-laman web ni duduk tersergam indah dalam Server dengan isi yang hampir sama, cuma penulis je yang lain. Memang sakit hati la kalau nak cari sendiri. Jadi Enjin Carian merupakan penyelesaian bagi kita manusia yang memang malas ni. Dengan enjin carian, anda hanya perlu masukkan perkataan yang nak dicari je, senang dan pantas. URL (Uniform Resource Locator, lebih kurang macam alamat di mana maklumat tersebut di simpan dalam server) pun tak perlu nak ingat. Ohhh~

WEB SPIDER
Benda ni langsung takde kena mengena dengan Spiderman, apetah lagi Boboi Boy (animasi superhero Malaysia setiap ahad, pukul 7.00pm). Web Spider adalah robot aplikasi yang berfungsi sebagai pembuat indeks bagi isi kandung laman web di internet yang "wide" ni. Satu proses dipanggil Web Crawling dijalankan bagi mengenal pasti kandungan perkataan didalam sesuatu laman web, lalu membuat indeks untuknya dan disimpan didalam storan khas. Seekor je spider ni dijalan lebih kurang 300 laman boleh dianalis dalam satu-satu masa. Kalau dalam prestasinya terbaik, seekor spider boleh analisis 100 laman dan hasilkan 600kb data setiap saat. Waww~ siapa tahu? mungkin ada seekor spider sedang menganalisis blog anda sekarang?

CUKUP LAH INTRO KAU TU, PENING DAH NI, CERITA LA PASAL GOOGLE PULAK
Haha, ye...tingkah laku spider untuk setiap enjin carian ni berbeza-beza, kalau Google contohnya, setiap kali satu-satu kod HTML laman tersebut di analisis mereka akan mengenalpasti 2 benda :
1 ) Kandungan perkataan dalam laman web tersebut
2) Sumber perkataan (URL)

Laman web-laman web ni akan disusun dalam keputusan carian Google melalui Pagerank

PAGERANK? MAKHLUK APAKAH ITU?
Kedudukan dalam keputusan enjin carian. Sebagai contoh, jika anda taip lembu, maka keluar la keputusan pasal lembu, tapi laman web-laman web yang popular pasal lembu yang selalu dikunjungilah akan berada di kedudukan teratas, di muka surat pertama dan teratas. Kalau anda setakat tulis sekali je perkataan "lembu" dalam laman web anda, lepas tu takde pulak orang baca, mungkin laman web anda akan berada di kedudukan ke-513,624,525,143 dalam Pagerank.

Dalam mukasurat manakah laman web anda?

Kononnya Nenek anda yang tinggal di Amerika nak cari maklumat tentang peluntur baju dan taip "bleach" dalam Google Search. Anda rasa apa keputusan yang keluar dimukasurat pertama?

benda ni kan...

langung takde kena mengena dengan PELUNTUR


GOOGLE DAN $$$
Walaupun Pagerank ditentukan dengan frekuensi sesuatu laman web itu dibuka, akan tetapi...

JIKA SAYA BERUSAHA MEMPROMOSI LAMAN WEB SAYA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, ADAKAH LAMAN WEB SAYA AKAN BERADA DI KEDUDUKAN TERTINGGI DALAM PAGERANK ?

TIDAKKKKKKKKKK

LAA..ABIH TU?

BIDAAN KATA KUNCI
Bukan kita sorang je nak Pagerank tinggi tapi kat luar sana bersepah-sepah company yang nak nama company mereka dalam kedudukan tertinggi dalam Google Pagerank, jadi...

Masalah ni boleh diselesaikan dengan duit~

Mari kita lihat dialog di bawah ni
(Abu ialah pengusaha kerepek pisang)
Abu : Google, aku malas la nak promote website aku, tapi aku nak syarikat aku ialah 1st ranking dalam Google Search untuk keyword "kerepek"
Google : Kepala hotak kau, dah la malas nak jadi 1st pulak, tak boleh, tak boleh
Abu : Ni ambik duit RM18 juta ni
Google : Wahh, ni la bayaran tertinggi aku dapat untuk keyword "kerepek", ok, aku letak ko 1st

Lihatlah Abu di atas ni, dengan bergaya nya beliau meletakkan Syarikat Kerepek Pisang nye dalam kedudukan pertama dalam Google Search. Bayangkan website company anda dilihat oleh lebih 2 billion pengguna internet setiap hari? Konfem la akan berlaku dialog macam kat bawah ni pulak

Mak Cik Rosnah : Eh tengok budak Abu tu, aku dengar Syarikat Kerepek Pisang dia satu dunia tau!
Mak Cik Esah : Ha'a la Nah, boleh la aku buat menantu nanti

Begitulah Google mendapat fulus untuk poketnya sendiri. Syarikat-syarikat di seluruh dunia akan berusaha membuat bidaan tertinggi untuk kata kunci pilihan mereka. Kalau macam dalam situasi di atas, baru satu je kata kunci iaitu "kerepek", berapa banyak kata kunci yang ada dalam dunia ni, dan berapa banyak pulak Google dapat keuntungan darinya? Ohh dunia dunia~

GOOGLE ADSENSE
Admin yakin agak ramai yang dah tau pasal benda ni, tapi takpe admin nak bagitau jugak. Anda selalu tengok benda macam ni di Internet? (Klik untuk besarkan)


 Sumber : inaruto.net

Sumber : prontera.darkbb.com
Benda ni dinamakan Google Adsense. Sistem pengiklanan yang dijalankan oleh Google. Jadi bagaimana benda ni berfungsi ? Ada dialog lagi....

Syarikat A : Huiyo, Google, search engine ko diakses oleh 2 billion orang sehari, boleh tak ko iklankan syarikat aku?
Google : Hmm...boleh laa kot, tapi bayar laa ek, setiap kali orang klik iklan kau ko bayar kat aku 0.02 sen
. . . .
Google : (Huh cane ni nak iklankan ni? Website aku pun putih je mana ada tempat nak letak iklan)
. . .
(beberapa minit kemudian)

Blogger B : Lalalala~
Google : Eh, blogger, boleh tak letak iklan Syarikat A ni kat website kau? Kalau orang klik iklan tu aku bayar 0.01 sen setiap klik. Nak?
Blogger B : Wahh, macam bergaya je..ok2 aku letak iklan ni kat website aku, lagipun trafik website aku tinggi 8 juta view setiap hari.
Google : Bagus~ deal
Blogger B : Deal~

Beginilah Google Adsense beroperasi, Google hanya bertindak sebagai orang tengah untuk Advertiser (Syarikat A) dan Publisher (Blogger B). Dalam situasi diatas Google dapat 0.01 sen bagi setiap klik. Mungkin anda rasa jumlahnya kecik tapi, lihat faedah yang Google dapat melalui Google Adsense ni.

1 )  Disebabkan publisher juga mendapat $ untuk pengiklanan, Publisher sendiri akan berusaha mempromosi website mereka untuk meningkatkan trafik.
2 ) Platform pengiklanan tanpa had, bermakna Google ada iklannya di setiap sudut di internet. Tak perlu la Google nak penuhkan laman web mereka dengan iklan-iklan yang menyakitkan mata. Ni jugak membolehkan laman web mereka boleh dibuka dengan pantas. (Kalau internet slow macam mana pun sekurang-kurang Google mesti boleh buka kan?)
3 ) Disebabkan platform pengiklanan mereka tanpa had, Google boleh ambil seberapa banyak pun Advertiser yang mereka suka kerana Publisher pun ramai!

GOOGLE TERUS MENDOMINASI DUNIA MAYA
Tahukah anda Youtube, dan Blogger telah pun dibeli oleh Google? Facebook pun hampir nak dibelinya dulu, tapi pemilik Facebook enggan menjualnya kepada Google. Tak cukup dengan beli syarikat-syarikat internet yang besar. Google juga ada beberapa produk yang sangat ramai penggunanya, antaranya

Google Chrome

 Google Earth

Google Map


DAN YANG PALING DAHSYAT SEKALI

Chrome OS...cuba mencabar Windows nampaknye Google ni, tapi Chrome OS masih dalam peringkat Beta lagi, belum dilancar secara rasmi, masih dalam tempoh ujikaji

Semua benda Google nak buat, memang tak nak bagi orang lain cari makan agaknye...Baiklah, nantikan bahagian ke-2 Google : Cerita Tentangnya iaitu fakta-fakta menarik tentang Google

Cehh..dah pagi rupenye, tak sempat nak tido..ok bye all~

Tiba-tiba teringat sesuatu

Dia : Lembu minum apa?
Aku : Susu....
Dia : KAHKAHKAHKAH

BILA PIKIR BALIK, MASA BILA PULAK LEMBU MINUM SUSU? PATUT LA DIA GELAK

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Mohamad Syafiq bin Yudin