Monday 28 February 2011

Membuka Beberapa YM Dalam Satu PC

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hari ni aku nk berkongsi helah yang boleh kita buat dengan perisian sembang-sembang kegemaran kita, iaitu Yahoo Messenger (YM)

semua orang pun suka YM kan...


semua orang pun suka guna YM...kadang2 satu komputer tu, bergilir2 nk pkai YM, bersilih ganti la orang sign in sign out kat komputer tu, pernah ke korang terpikir kan bagus kalau kita boleh sign account lain tanpa perlu sign out yang sebelum ni? ringkasnya, kan bagus kalau boleh sign 2 account serentak. masalahnya kalau dah bukak satu YM, kalau dabel klik kat icon YM sekali lagi pun, xde laa pulak dia bukak dua YM...ape laa kejadahnya yahoo ni, menyusahkan orang betul...

...

tapi jgn risau NotaJiwaKU ada jalan penyelesaiannya, ikut saja langkah dibawah

1. klik Start > Run
2. taip kat situ regedit dan tekan enter sekuat hati
3. usha kat sebelah kiri dan carik direktori HKEY_CURRENT_USER > Software > Pager > Test
4. usha sebelah kanan pulak, klik kanan kat bawah default
5. pilih DWORD value
6. namakannya Plural (P dengan huruf besar)
7. dabel klik Plural, tukar value data kepada 1
8. tutup je tetingkap registry editor

dengan ini bukan setakat korang boleh sign 2 account, malahan 869,123,413 account pun boleh (kalau komputer korang larat la)..cuba klik byk2 kali icon YM, maka penuh lah skrin korang dengan YM, boleh la lepas ni nk spy awek korang yg curang ke ape, x kesah la korang nk buat ape pun, NotaJiwaKU ingin berkongsi ilmu saje

...

kalau korang mahu YM balik kepada asal (hanya boleh sign in satu account je), buka registry semula dan delete menatang plural tu...setakat ni YM 9 ke bawah masih jadi bnda ni...

Selamat Mencuba (0.o)

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Sunday 27 February 2011

Terima Kasih JAD DRAMA CLUB

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU


inilah dia ahli2 JAD Drama Club...diorg ni siyes best, sporting, fun, open minded dan yang sewaktu dengannye...

shak, fizah, raziz, chong, abe mat, lia, sarina, amira minna arigatou! aku berasa sggh bangga bertemu manusia cam korang, terlalu byk bnda yg aku belajar dari kamu semua, and what is more important perangai kita sama je..suke perform sesuatu atas pentas..ohhh (o.0)
kita selalu busy, xde duit, xde idea dan macam2 yang xde lagi tapi everytime projek kita siap, dan dapat feedback positif dari smua org, kita rasa puas hati kan? itu lah sebabnya kita masih bertahan selama 3 tahun, thanks to all sekali lagi.
Kepada syak dan fizah, selaku manusia tertinggi pangkatnya dalam kelab ni, aku mewakili semua ahli drama club kalau2 ada terasa hati, terlupa skrip, datang lmbat, x beri komitmen kami minta maaf byk2...sori bos!

...

Lepas ni smua org dah berpisah, harap2 kisah yang kita dah buat bersama xkan luput dimakan zaman, semoga semua berjaya dalam perjalanan hidup masing2 good luck~

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

Selamat Datang ke Nota JiwaKU

Selamat Datang bagi yg sudi mengunjungi NotaJiwaKU...ni adelah 1st post, dan aku xtau nk tulis ape..haha, i'm a newbie and still need to learn...


Ada Apa dgn NotaJiwaku ?

Ape benda pulak notajiwaku ni? haha..sggh abstrak gitu, A Samad Said pun belum tentu tau maksudnya.. sebenarnya aku mendapat inspirasi dari lirik lagu Ana Rafali - Tolong Ingatkan Aku

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap
nota jiwaku berlagu-lagu

nice..x sia-sia laa aku asyik menyanyi dalam bilik air, congrats to Kak Ana sebagai pemenang AJL~
ok...cukuplah untuk intro

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Mohamad Syafiq bin Yudin