Friday 11 March 2011

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Menonton Merong Mahawangsa

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...admin baru balik dari menonton filem terbitan KRU yang bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa kat Mid Valley tadi...


macam gaya God of War pun ade


Disini NotaJiwaKU ada beberapa sebab mengapa anda perlu ke pawagam terdekat untuk menonton cerita epik ni !

AKSI BERLAWAN YANG MEMBELIAKKAN MATA
Macam-macam akrobatik dan stunt yang hebat semasa aksi berlawan, akan meyebabkan anda berfikir sape laa yg buat stunt untuk babak lawan ni? hebat betul la, dengan darah-darah yang sungguh real, rase sakit je kena cucuk dengan parang tu. Memang pakej Prince of Persia + Matrix + Devil May Cry..Memang bergaya la

GRAFIK CGI YANG MANTAP
Good job KRU...CGI kali ni memang jauh lebih baik dari filem-filem KRU sebelum ni, mungkin la tak setaraf Lord of The Ring atau Harry Potter, tapi dengan hanya bajet RM8 juta, dah boleh buat grafik macam ni. Dah tersangat-sangat bagus dah.

BOLEH BELAJAR SEJARAH
Bagi sesiapa yang diluar sana memang benci matapelajaran sejarah ni. Elok sangat la tengok cite Merong Mahawangsa, sebenarnya aku sendiri pun baru tau Langkasuka tu nama kedah masa dulu-dulu. Hahaha, punya la tak menghayati kelas sejarah masa kat sekolah dulu, aku tengok cerita ni, aku baru tau. Kita selalu suka sangat dengan lagenda-lagenda epik eropah, tapi kali anda boleh tengok cerita epik tempatan yang memang betul-betul epik (hebat) !

1ST TIME SUKA TENGOK JEHAN MISKIN BERLAKON
Admin memang tak berapa suka sangat si mamat Jehan Miskin ni. Tak tau la kenapa, tapi kali ni aku tengok dia memang bergaya habis. Dia takde dialog dalam citer ni, cuma askar biasa yang bersemangat membebaskan Langkasuka dari lanun Geruda. Ada scene last skali Jehan Miskin kena sembelih dengan lanun, aku rasa sedih kot, ko memang bergaya kali ni Jehan !

TOO CHEAP TO BE TRUE
Admin rasa ni la yang point paling strong untuk cerita ni, bajetnya hanya RM8 juta tapi filem yang dihasilkan..wawww! Nak dibandingkan dengan filem eropah yang menelan hingga RM150 juta. Hikayat Merong Mahawangsa dah terlalu bagus, ini merupakan permulaan yang baik (walaupun ni bukan filem CGI 1st Malaysia) untuk industri filem Malaysia. Bayangkan kalau KRU ada bajet sampai RM150 juta, camane kualiti filem yang akan dihasilkan? hohoho

Ok itu saje sebab-sebab mengapa anda perlu tengok cerita ni. Nantikan post seterusnya 5 Sebab Mengapa Anda Tak Perlu Menonton Merong Mahawangsa. Ye la, asyik puji je, kritik mesti ada jugak kan? Oklah, terima kasih, take care~

Tetiba teringat sesuatu, masa tengok cerita Merong Mahawangsa la.

Wayang : (Kamawas) Selamat malam sayang, tak tido lagi ?
Aku : kihkihkihkih...
Dia : Apehal ko gelak ?
Aku : Ntah, ayat dia macam moden.. (Aku teringat ayat SMS yang seringkali aku gunakan)

OHHHHHHHHH.....

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)

8 comments:

  1. sape 'dia' tu???
    hahahhahah
    bes sgt ke cte tu???

    ReplyDelete
  2. dia?wow.romatik rupenye ang ni,ahaha! ;p kem salam naa.

    oh alaaa,nak tengok Merong Mahawangsa jugak!!

    ReplyDelete
  3. @princess, kawan aku
    @nurhanisah, dia tu huda laa, dia duduk sebelah aku mase tgk wayang..tengok citer ni jgn x tgk!

    ReplyDelete
  4. ulasan yg bagus! nampaknya kena pegi tgk ni (salah seorang yg skeptical ttg filem melayu)

    ReplyDelete
  5. skrip yg berseni.. aku suka part empangan~

    ReplyDelete
  6. x sabor nak tgu post seterusnyer~

    ReplyDelete
  7. adoi... skrip ni jugak la jd perbualan mlm tu kat ut... adoiyai...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Mohamad Syafiq bin Yudin