Wednesday, 2 March 2011

Harimau Malaya : Si Belang Perwira

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...aku tgh rajin buat post ni, biasa laa, masa awal-awal buat blog, nanti makin lama makin malas laa, tapi masa ada semangat la buat post kan, jgn disia-siakan semangat yang tengah membara ni

...

NotaJiwaKU kali ni nak cerita tentang skuad kebangsaan negara kita - Harimau Malaya

 
aumm ~ 
DULU

tatkala dahulu tak sorang pun endah kan Harimau Malaya, macam-macam laa orang kata, termasuk aku sendiri

"buat rugi je tengok player Malaysia main, sakit hati ade la"
"jersi je cantik, mutu haprak"
"baik aku tengok budak sekolah main, sama je lebih kurang"

dan yang sewaktu dengannya...

sedang aku meneruskan perjuangan aku mencapai cita-cita di Japanese Associate Degree (JAD) , aku berkawan laa dengan seseorang yang bernama Fakhri Khairi...aku memang respek gila kat dia, orang lain duk bising pasal Arsenal, Manchester United semua, dia pulak bersama terus menerus meminati bola sepak Malaysia, walaupun waktu tu orang masih tak endah pasal Harimau Malaya. Memang penyapot habis laa dia ni. Aku ??? Jangan harap la, bola sepak omputih pun aku tak layan, apetah lagi team bolasepak Malaysia.

SEKARANG

hari tu masa lepas tengok bola match Harimau Muda vs Pahang di Stadium Shah Alam (SSA). Tetiba Fakhri cakap kat aku

"Dulu sape pakai Jersi Malaysia kena kutuk habis, sekarang ni tengok mana-mana pun semua orang pakai jersi Malaysia"

bila aku fikir balik, ha'a betul gak ek? Ape yang aku buat kat sini? (Masa tu kat SSA) Masa bila pulak aku minat bola? Encik Fakhri ni lah yang bertanggungjawab meminatkan aku kepada Skuad Kebangsaan kita ni. Ada lagi...ni insiden aku bersama kawan aku Lutfi (orang kedua terkuat penyapot Harimau Malaya lepas Fakhri kat JAD ni), ni masa kat kedai Nike kat Sunway Pyramid

"Sweater Malaysia ada tak kak?"
"Dah abis la dik"

haha...abis stok tu, bayangkan kipas-kipas (fans) Harimau Malaya dah borong abis dah, sanggup belanjakan beratus-ratus ringgit untuk dapatkan sweater Harimau Malaya keluaran nike ni, lepas tu Lutfi berazam untuk carik kat Siam je, kira memang susah la nk carik sweater ori yang tak terjual lagi

...

masa Final AFF Suzuki Cup first leg di Stadium Bukit Jalil, aku rasa masa tu lah paling 1 Malaysia sekali, first time aku tengok orang Cina tengok bola, satu famili pakai jersi Malaysia lak tu, walaupun ramai yang merungut FAM jual tiket RM30, tapi stadium penuh gak, ramai gila x dapat masuk dan duduk, aku pun terpaksa tengok kat belakang penyokong Indonesia (nasib baik la ade jaring-jaring besi kat situ, kalau tak dah gaduh agaknye), dan hasilnya Harimau Malaya membaham Garuda (Skuad Indonesia) dengan 3-0. Tahniah aku ucapkan pada Harimau Malaya...aumm!

saat-saat manis meraikan kemenangan 3-0

...

Kini semua orang pun tau siapa Harimau Malaya. Barulah orang kenal siapa Khairul Fahmi Che Mat, siapa Safee Sali, siapa Muslim Ahmad, siapa K. Rajagobal. Kita tengok dimana-mana pun rakyat Malaysia dengan bangga menyarung Jersi Malaysia, orang mula ambik tau pekembangan bola sepak Malaysia...golongan ultras (penyokong) kian bertambah, sampai kat JAD pun ada geng ultras sendiri, Malaysia Football JAD

Harap-harap semangat penyokong Harimau Malaya tidak akan pudar, Harimau Malaya terus membaham lawannya, Hong Kong 2-0, Pakistan 2-0. Mungkin mereka tak bermain seperti bintang bola sepak eropah, tapi kita rakyat Malaysia harus berbangga dengan mereka dan terus menyokong Harimau Malaya hingga mereka di puncak dunia...

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)


Tentang Yahoo Messenger Lagi







Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey...kali ni NotaJiwaKU nk bercerita lagi tentang perisian sembang-sembang kegemaran kita iaitu Yahoo Messenger (YM)

bla bla bla...


dalam post yang lepas, aku dah pun ceritakan cara membuka 2 atau lebih akaun YM dalam satu PC, klik saje pautan di bawah ni


Terima Kasih kepada YM yang membolehkan kita bermesejan dgn rakan-rakan tanpa sebarang cas, kadang-kadang kita mengorat pun guna YM...haha, mengikut pemerhatian aku la (padahal aku sendiri buat camtu). Jadi disini ade beberapa perkara yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung NotaJiwaKU yang setia ni, hehe..peace (^.^)

Mari lihat apa lagi boleh dibuat dgn aplikasi YM ni

...

KINI KAU TAK MAMPU HALIMUNAN LAGI

Ada diantara kita yang suka menginvisiblekan diri mereka semasa menggunakan YM. Ye la, dah hot kan, kalau dia online je beratus2 org dok spam dia...Yang aku ni lama je online YM, takde pulak sape2 nk mesej aku (baca dgn nada melankolik, cewahh)

...

Kini anda bolehlah check sama ada seseorang itu betul2 offline ataupun hanyalah menghalimunankan dirinya saja, bolehlah guna servis-servis percuma di pautan-pautan bawah ni


Ini hanya beberapa lah...boleh Google untuk banyak lagi website yang boleh check kehalimunan seseorang dalan YM, dan yang paling penting semua ni disediakan PERCUMA (^.^)





AKU SUKA BEREMOTICON

Menggunakan emoticon, bukan beremosi ek...hehe, ada juga orang yang suka sangat menggunakan emoticon ni,  taip-taip last skali mesti letak smiley ke ape ke, ikutlah, selagi anda bahagia dan tak kacau anak dara orang, teruskan perbuatan anda tu, tak salah pun disisi undang-undang
Mari kita lihat emoticon tersembunyi yang tidak terdapat dalam list emoticon YM, anda bolehlah mencubanya sendiri, pelbagai jenis emoticon yang stail dan comel untuk digunakan, ni untuk YM je tau, kalau guna kat Skype ke Facebook Chat ke, sampai keyboard korang meletup pun takkan keluar punya



puppy dog eyes  :o3       mata anjing yang kesian
pig     :@)      binatang ape ni?
cow     3:-0      lembu
monkey    :(|)        monyet
chicken     ~:>       ayam
rose     @};-   bunga ros
good luck     %%-   klover empat kelopak
flag    **==   bendera, tapi amerika laa
pumpkin     (~~)    labu
coffee     ~0)     kopi
idea   *-:)    mentol
skull     8-X    tengkorak
bug     =:)     semut, aku rase la
alien     >-)     makhluk asing
feeling beat up     b-(     kena belasah
chatterbox :-@    bla bla bla
hiro     0->    karakter 1
billy     0=>   karakter 2
april     0-+    karakter 3
yin yang    (%)     yin yang
bee  :bz     lebah
transformer*    [..]     transformer, atau ape2 la korg nk bagi nama
star     (*)    bintang
yeahh...skarg korg boleh la korang bergaya dengan emotikon-emotikon nih...
(p/s : jika terdapat emotikon yang tidak berfungsi, sila komen di pos ni)





....

ohh, dah letih aku menaip, oklah setakat ni aje...thanks to all (*.*)
Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)








Tuesday, 1 March 2011

Shortcut - A key to become a successful student

Salam dan selamat datang ke NotaJiwaKU

hey hey hey, sedang aku berfikir apekah common thing yang ade pada pelajar JAD (Japanese Associate Degree), akhirnya aku dapat nih..aku rasa laa

kredit penuh kepada sercartr

ohh aku ade pengalaman buruk ttg copy paste ni, nti2 laa cerita, keep on following NotaJiwaKU...jadi kekunci pintas Ctrl + C, Ctrl + V ni mmg femes laa kat JAD, sape yg xtau tu mmg tipu la, buat2 xtau ade laa, ade gak beberapa makhluk yg bru blaja Ctrl + C, Ctrl + V ni kat JAD...nice, at least ade laa bnda yg dipelajari ek? thanks to Microsoft, Macintosh, Xerox Parc dan yg sewaktu dgnnya yg telah mncipta function ni~ (0.o)

...

NotaJiwaKU dgn rendah diri ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa ni..tentang kekunci pintas (shortcut key)

...

aku xde lah nk bgtau semua shortcut, tp yg biasa digunakan lah, penggunaan shortcut key ni akan menyebabkan korg tampak lebih bergaya dihadapan komputer, apetah lagi jika beraksi di hadapan mak mertua, pasti tidak syak lagi andalah menantu pilihannya!

kita mulakan dgn yg basic2 dulu

Ctrl + C, Ctrl + V = malas laa bgtau
Ctrl + O = open file, paparan tetingkap direktori akan muncul
Ctrl + N = buka file kosong yg baru
Ctrl + X = cut
Ctrl + B = Bold
Ctrl + I = Italic
Ctrl + U = underline
Ctrl + P, enter = quick print
Ctrl + Z = Undo
Ctrl + Y = Redo (bukan mat redo, tapi berlawanan dgn undo)
Alt + tab = tukar2 tetingkap yg sudah dibuka
Alt + F4 = tutup aplikasi yg sudah dibuka, kalau xde ape yg dibuka pilihan shutdown akan muncul
Alt + shift = tukar bahasa papan kekunci, itu pun kalau komputer korg byk bahasa la
shift + caps lock = ini berguna utk pelajar JAD, iaitu tukar hiragana ke romaji atau sebaliknya
Ctrl + Alt + Del = bukak task manager, hah komputer dah hang lah tu

kita pergi kepada yg lebih advance sikit (yang ni kebanyakannya guna kekunci windows logo, butang ni selalunya sebelah Alt kiri)

inilah dia kekunci windows logo

windows logo + E = bukak my computer
windows logo + R = bukak run
windows logo + F = bukak find files or folder
windows logo + M = minimize semua tetingkap dan paparkan desktop
shift + windows logo + M = maximize balik semua tetingkap yg diminimize tadi
windows logo + L = log off
windows logo + C = bukak control panel

hmm..ape lagi ek? ntah x terpikir dah skang, apa kata kita lihat kekunci pintas yang lebih advance...kalau guna shortcut ni, kira layak laa lepak minum kopi dgn Bill Gates...hohoho

Ctrl + Alt + Arrow arah bawah/kiri/kanan
skrin korg akan jadi terbalik, kalau selalu buat ni boleh sakit tengkuk laa, tekan semula kekunci sama, tapi arrow arah atas utk jadi mcm asal semula, tapi function ni utk komputer yang ada Intel Graphic Chipset saje, hoho, jadi smua orang x boleh buat ni

Alt kiri + Shift kiri + Print Screen , Enter
Semua tulisan akan jadi besar gila, pastu lama2 semua bnda jadi kale hitam, mmg cuak laa igtkan dah kna virus, haha, tekan semula Alt kiri + Shift kiri + Print Screen utk pulih ke asal

sbnanye ade byk lagi shortcut key yang menarik tapi hanya utk windows 7 saje, x best la sbb bukan semua org pakai windows 7 kan? dan masih byk lagi yg aku xtau, jadi jika anda ada ape2 shortcut key yang best silalah komen di post ni ya...

oklah selamat maju jaya...thanks to all (*-*)

Setiap Manusia Mempunyai Cerita Berbeza (Nota Jiwa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Facebook Favorites More

 
Mohamad Syafiq bin Yudin